GERIK – Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr
Noor Azmi Ghazali dan Exco Kerajaan Negeri Perak Razman Zakaria
dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi menghadapi
pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua minggu lalu.
Dr Noor Azmi, yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, serta Razman yang
merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan,
NGO dan Masyarakat Sivil Perak tiba serentak pada 9.20 pagi.
Kedua-dua mereka serta beberapa individu lain akan didakwa kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang sedang berkuat kuasa mulai 15 April hingga 28 April.

Kawalan di sekitar mahkamah diperketat dengan kehadiran polis selain media yang mula tiba seawal 7 pagi bagi membuat liputan prosiding kes Dr Noor Azmi dan Razman. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan