Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, lanjutan tempoh berkenaan dibuat bagi menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menentukan langkah seterusnya.
“Saudara-saudari masih tidak boleh bekerja kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka,” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri sempena Ramadan secara langsung malam ini.
Muhyiddin berkata, keputusan itu dibuat erdasarkan data-data yang dibentangkan kepada kepada oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang mendapati usaha-usaha untuk
membendung wabak Covid-19 masih perlu diteruskan.
“Walaupun angka-angka menunjukkan perkembangan yang positif, langkah-langkah yang kita ambil hendaklah diteruskan sampai ke satu masa di mana kita yakin wabak Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, sekiranya kes-kes Covid-19 terus mencatatkan
penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial.
“Ini untuk membolehkan saudara-saudari menjalani kehidupan yang lebih selesa. Majlis Keselamatan Negara sedang merangka satu pelan yang menyeluruh mengenai perkara ini,” katanya lagi.
Ini adalah PKP fasa ketiga yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Fasa pertama PKP adalah pada 18 Mac dan berakhir pada 31 Mac dan fasa kedua adalah pada 1 April hingga 14 April dan fasa ketiga adalah pada 15 April hingga 28 April depan. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan