KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, kerajaan akan terus menerajui usaha bagi melestarikan alam sekitar dan menangani perubahan iklim demi kepentingan negara dan dunia sejagat.
Beliau berkata demikian dalam satu ucapan khas sempena Selamat Hari Bumi yang bertemakan tindakan menangani perubahan iklim, hari ini.
Menurut beliau, hari bumi bukan hanya disambut untuk sehari, ia adalah satu usaha bersama dan berterusan untuk generasi hari ini dan hari-hari akan datang.
Selain itu katanya, di Malaysia kesan daripada perubahan iklim yang ekstrem sudah mula dirasai.
“Kita sering mendengar bencana banjir akibat hujan lebat atau musim kelmarau yang berpanjangan sehingga menjejaskan sumber dan menyulitkan kehidupan manusia
“Semua ini berlaku akibat dari aktiviti manusia secara langsung dan tidak langsung, melepaskan gas rumah kaca seperti gas karbon dioksida yang berlebihan ke atmosfera bumi,” katanya.
Namun katanya, semua ini berlaku memerlukan pelbagai langkah yang wajar diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan kesan gas rumah kaca.
Demikian itu katanya, beliau memerlukan sokongan semua pihak, komitmen dan tindakan dari pelbagai pihak amat penting untuk membantu memelihara dan memuliakan bumi tercinta ini.
Justeru itu, beliau turut menyeru agar rakyat terus mengekalkan gaya hidup hijau dan mengamalkan aktiviti kitar semula.- HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan