Prabakaran dibawa ke IPD Sentul untuk disoal siasat
BANGI – Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran hari ini ditahan polis atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut rakaman suara ringkas yang
dikongsi salah seorang pegawai wakil rakyat PKR itu mendakwa, Prabakaran
ditahan ketika berada di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur di Selayang
yang kini diisytihar sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan
(PKPD) keenam di negara ini.
Memetik laporan Malaysia Gazette, Prabakaran dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk tujuan disoal siasat.
Terdahulu wakil rakyat itu dilihat melawat ke kawasan PKPD itu yang ditutup dengan kawat duri tentera sejak awal pagi tadi.
“Hari ini saya sebagai Ahli Parlimen
Batu, satu berita tergempar penduduk mula panggil saya sejak 5 pagi dan
maklumkan bahawa PKPD tentera telah ambil alih memasang kawat duri di
kawasan Selayang.
“Jadi, saya datang pantau dan saya juga
telah berbincang dengn Ketua Polis Daerah Sentul mengenai pelaksanaan
Prosedur Operasi Standard PKPD dan semua berjalan lancar,” katanya.
Kerajaan telah mewartakan pelaksanaan
PKPD ke atas Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar
Borong Kuala Lumpur.
Tindakan itu dilakukan atas nasihat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan pelaksanaannya akan bermula
hari ini sehingga 3 Mei 2020.
Untuk rekod, ia merupakan PKPD keenam
selepas PKPD Hulu Langat, PKPD Simpang Renggam, PKPD Menara City One dan
PKPD Bangunan Selangor Mansion dan Bangunan Malayan Mansion dan PKPD
Masjid India.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan