Isnin, 27 April 2020

Covid-19: 95 pulih, 40 kes baharu

HARAKAHDAILY



PUTRAJAYA: Sebanyak 40 kes baharu Covid-19 dengan satu lagi kematian direkodkan setakat jam 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 5,820 kes keseluruhan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua kematian terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian akibat Covid-19 adalah seramai 99 orang.

Menurutnya, kes kematian ke-99 adalah kes ke-4,087 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok.

Katanya, mangsa telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 7 April dan disahkan meninggal dunia pada 27 April jam 4.31 pagi tadi.

Tambahnya lagi, terdapat 95 kes pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya daripada wabak Covid-19 sebanyak 3,957 kes.

“Sekali lagi, bilangan kes yang discaj hari ini adalah lebih dua kali ganda bilangan kes baru yang dilaporkan,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 sebentar tadi.- HARAKAHDAILY 

Tiada ulasan: