Rabu, 22 April 2020

Covid-19: Amerika saman China

Donald Trump
 
WASHINGTON- Amerika Syarikat (AS) bertindak menyaman pemimpin China bagi mendapatkan ganti rugi kerana mendakwa mereka melakukan penipuan dan tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan wabak pandemik koronavirus (Covid-19).

Tuntutan itu dilakukan negeri Missouri yang dipimpin oleh Presiden AS, Donald Trump dan ia merupakan kali pertama dilakukan ke atas China sejak pandemik wabak berkenaan dikesan di negara itu pada Disember lalu.

Republikan itu memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan ganti rugi yang tidak ditentukan jumlahnya berhubung tindakan China yang dituduh, antaranya menyimpan lambakan peralatan perlindungan diri.

“Kerajaan China berbohong kepada dunia mengenai bahaya dan wabak Covid-19 yang sebenarnya mudah berjangkit, menggesa pemberi maklumat mendiamkan diri dan mengambil tindakan yang amat sedikit bagi membasmi penularannya.

“Mereka mesti bertanggungjawab di atas setiap perkara yang dilakukan ini,” kata peguam negara Missouri, Eric Schmitt.

Tuntutan saman itu berlaku ketika Kongres mendesak bagi mengambil tindakan ke atas China.

Sementara itu, Trump yang tetap menyalahkan Beijing di atas kesan pandemik itu di seluruh dunia, terutama negaranya yang teruk terjejas itu turut menjalankan kempen supaya penumpuan diberikan kepada peranan Beijing dalam menangani wabak itu dan menggesa Beijing dikenakan hukuman setimpal.

Setakat semalam, Missouri mencatatkan 189 kes kematian Covid-19 dengan separuh daripada kes itu berlaku di St. Louis. - AFP

Tiada ulasan: