Selasa, 21 April 2020

Rembau bukan lagi zon merah kerana tiada kes aktif

Sesebuah daerah akan diisytiharkan sebagai zon merah selepas 
mencatatkan lebih 40 kes positif Covid-19.
 
PETALING JAYA: Rembau di Negeri Sembilan yang disenaraikan sebagai zon merah Covid-19 pada awal bulan ini menyaksikan penurunan mendadak kes aktif dengan tiada lagi pesakit dirawat untuk virus itu sekarang.

Infografik Kementerian Kesihatan menunjukkan Rembau ialah satu daripada beberapa zon merah yang mencatatkan penurunan kes aktif.

Daerah lain ialah Tawau (33), Gombak (33), Cheras (39) dan Jasin (40).

Sesebuah daerah akan diisytiharkan sebagai zon merah selepas mencatatkan lebih 40 kes positif Covid-19.
Terdapat 30 zon merah di seluruh negara ketika ini:
  • Petaling, Hulu Langat, Gombak, Sepang, Hulu Selangor dan Klang (Selangor)
  • Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa (Kuala Lumpur)
  • Hilir Perak dan Kinta (Perak)
  • Rembau dan Seremban (Negeri Sembilan)
  • Kota Bharu (Kelantan)
  • Jerantut dan Kuantan (Pahang)
  • Jasin dan Melaka Tengah (Melaka)
  • Putrajaya (Wilayah Persekutuan)
  • Kuching dan Kota Samarahan (Sarawak)
  • Tawau, Lahad Datu dan Kota Kinabalu (Sabah)
  • Muar, Kulai, Kluang, Johor Bahru dan Batu Pahat (Johor)
Setakat ini, 89 kematian dan 5,425 kes positif Covid-19 dicatatkan di seluruh negara.

Tiada ulasan: