Patuhi arahan kerajaan agar urus niaga diberkati
BANGI
– Jabatan Mufti Negeri Perak menegaskan, hukum menjalankan perniagaan
yang tidak dibenarkan oleh kerajaan, secara terbuka semasa Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) adalah haram.
Menurut
jabatan itu, walaupun hukum berniaga asalnya harus, tindakan pemerintah
melarang menjalankan perniagaan tertentu sewaktu penularan wabak
COVID-19 adalah betul dan selaras dengan prinsip syarak.
“Peniaga
yang menjalankan perniagaan secara terbuka semasa PKP ini bererti ia
telah melanggar perintah larangan berniaga yang dikeluarkan oleh pihak
berkuasa yang bertindak mewakili ulil amri.
“Perbuatan
tersebut adalah haram dan berdosa meskipun pada asalnya hukum berniaga
adalah harus. Larangan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa adalah
bertujuan menolak kemudaratan dengan mengekang penularan COVID-19 dengan
kawalan pergerakan terhad,” katanya.
Perkara
tersebut dinyatakan dalam satu artikel yang dimuat naik di Facebook
jabatan itu dengan tajuk ‘Hukum Jual Beli Secara Terbuka Yang Menyalahi
Perintah PKP’.
Sehubungan
itu, Jabatan Mufti Negeri Perak mengajak orang ramai mematuhi semua
arahan pihak berkuasa agar urus niaga diberkati dan seterusnya
dihindarkan daripada wabak tersebut.
Mengulas
lanjut katanya, meskipun perbuatan jual beli itu haram, namun status
hukum transaksi tersebut adalah sah selagi memenuhi semua rukun dan
syarat jual beli.
Jelasnya
lagi, sekiranya rukun atau syaratnya tidak dipenuhi, maka jual beli itu
dikira tidak sah sebagai contohnya jual beli arak atau bangkai selain
perniagaan mempunyai unsur riba.
Artikel itu
menyebut, hukum haram tetapi sah berjual beli dalam tempoh PKP itu
berdasarkan hukum yang diqiyaskan kepada hukum haram menjalankan
perniagaan selepas azan kedua pada hari Jumaat sehinggalah selesai solat
Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan