KETUA keluarga yang keluar membeli makanan dan barangan keperluan harian lain ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat, kini boleh disertai seorang anggota keluarga yang tinggal serumah.
Perkara ini adalah berdasarkan kepada warta persekutuan yang dikemas kini di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.4) 2020, yang dikeluarkan laman sesawang Jabatan Peguam Negara, semalam.
Mengikut Peraturan-Peraturan di dalam warta tersebut, pergerakan untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan atau perubatan oleh ketua keluarga juga boleh disertai mana-mana orang lain yang semunasabahnya perlu.
Senarai perkhidmatan perlu dalam Peraturan-Peraturan yang dikemas kini itu, kekal 15 perkara seperti sebelum ini.
Kawalan atas pergerakan di dalam kawasan radius 10 kilometer dari kediaman untuk mendapatkan barangan keperluan seperti makanan, ubat, penokok diet dan keperluan harian, juga masih kekal.- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan