Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, berbanding kesilapan yang pernah dilakukan oleh Lim Guan Eng, kesilapan yang dilakukan oleh Adham kecil sahaja.
Najmil berkata, Guan Eng lagi teruk kerana silap titik perpuluhan hingga menuduh Kerajaan Barisan Nasional membuat pemalsuan akaun dan penyelewengan bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan.
”Lagi satu Uncle, tak perlu nak pecah-belahkan kepimpinan kerajaan dengan membandingkan Menteri Kesihatan dengan Ketua Pengarah Kesihatan. Masing-masing ada tugas sendiri,” katanya. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan