Hanya Dr. Mahathir sahaja yang tahu siapa pembunuh yang dimaksudkan dalam ucapannya dalam satu rakaman video berdurasi 1.30 minit yang disiarkan ditwitter.
“Beliau (Muhyiddin) sebenarnya menyatakan kesetiaan kepada diri sendiri. Beliau sanggup bekerjasama dengan pencuri, penyangak, penyamun malah pembunuh.
Dalam video itu, Dr. Mahathir mengakui tersilap langkah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Katanya, beliau tiada pilihan dan terpaksa jawatan kerana sudah hilang sokongan.
“Saya sekali lagi meminta maaf,” katanya.
Video tersebut dipercayai dirakam dalam satu pertemuan antara Dr. Mahathir bersama ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary semalam.
Turut kelihatan di dalam video yang dkongsi di laman Twitter tersebut adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr. Mahathir berkata, Muhyiddin berjaya menjadi Perdana Menteri kerana pengkhianatan yang dilakukan ke atas Pakatan Harapan.
Beliau meminta maaf kerana tidak menyedari lebih awal pengkhianatan Muhyiddin.
Katanya, beliau telah mengesyaki sesuatu tetapi tidak boleh bertindak kerana tidak mempunyai bukti yang cukup ketika itu.
“Saya minta maaf. Beliau adalah timbalan saya, orang kanan saya.
“Saya selalu curiga tetapi anda tidak boleh bertindak berdasarkan kecurigaan sahaja. Jika ada bukti kukuh, anda boleh bertindak,” ujarnya. – SM
No comments:
Post a Comment