Walaupun rayuan dibuat kepada anggota Bersatu Kedah supaya terus bersama Mukhriz dan bapanya Tun Dr. Mahathir Mohamad, namun Menteri Besar itu mungkin bakal berhadapan dengan tindakan disiplin oleh Bersatu.
Ini ekoran beliau tidak menyokong pelantikan Presiden Bersatu sebagai Perdana Menteri.
“Minggu lalu, kami menyelesaikan segala-galanya dengan baik dan Sultan Kedah gembira dengan Pakatan Harapan dan Bersatu.
“Tetapi segalanya berubah. Pas membuat tawaran mereka untuk jawatan tinggi kerana mereka hanya memerlukan dua wakil rakyat dari (Pakatan) Harapan untuk mengambil alih Kedah,” kata Anuar yang juga ketua bahagian Merbok kepada Malaysiakini.
Berdasarkan kedudukan Dewan Udangan Negeri (DUN) sekarang Pas boleh merampas kerajaan negeri kerana mempunyai kerusi paling banyak iaitu 15, diikuti PKR (7), Bersatu (6), Amanah (4), UMNO (2) dan DAP (2).
Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri kelapan selepas satu minggu pergolakan politik yang menyaksikan Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri. – SM
No comments:
Post a Comment