Para
pekebun dan pemborong buah-buahan turut merasai keperitan di bawah
perintah kawalan pergerakan (PKP) apabila terpaksa membuang
beratus-ratus tan bahan itu disebabkan rantaian bekalan yang terganggu.
Menurutnya, hasil pengeluaran pekebun pula hanya 50 peratus berbanding dengan waktu biasa walaupun bekalan makanan adalah sebahagian daripada perkhidmatan keperluan (essential service) mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Katanya, hal itu berlaku kerana pekebun keliru ekoran peraturan dan syarat yang tidak jelas pada peringkat awal dulu.
Justeru, kata Choong, ramai pemandu lori tidak berani beroperasi dan banyak pasar yang tutup.
"Walaupun kerajaan sudah menjelaskan situasi dan memberi jaminan bahawa pekebun dan petani masih dibenarkan berfungsi, namun hasil pengeluaran telah turun secara mendadak," katanya.
“Banyak hasil tanaman pekebun tersekat secara tiba-tiba apabila PKP dilaksana. Maka kita terpaksa membuang hasil itu kerana ia memang tidak dapat disimpan lama,” tambahnya.
Nak buah tapi tiada di pasaran
Namun katanya disebabkan ruang penyimpanan yang terhad, tidak semuanya buah-buahan tersebut dapat disimpan dengan cara sedemikian.
Tambahnya, industri pertanian turut bergantung kepada pembekalan baja, racun, kilang pemprosesan, dan bengkel membaik pulih kenderaan.
Bagaimanapun, katanya sektor sampingan itu terpaksa berhenti beroperasi di bawah PKP, sekali gus memberi kesan negatif secara tidak langsung terhadap pembekalan buah-buahan.
“Ramai pengguna yang ingin membeli buah, tapi di pasaran tiada bekalan.
Semuanya disebabkan arahan atasan tidak sampai ke bawah, dan cara pelaksaan yang bermasalah apabila sesuatu polisi dikenakan.
“Saya sendiri juga rugi berpuluh ribu ringgit, tapi masih kena bekerja, kami tak mahu orang ramai tak dapat makan buah,” tambahnya.
“Ada antara mereka takut, tak berani bagitahu berapa rugi yang ditanggung. Oleh itu, maklumat yang kami ada pun lengkap," katanya.
Dia juga percaya kerugian yang dialami - kerana terpaksa membuang buah-buahan - tidak terhad dalam kalangan pekebun di Selangor dan Kuala Lumpur saja sebaliknya turut melibatkan negeri lain.
Jumlah jualan masih terhad
Bagaimanapun, katanya tiada maklum balas diterima setakat ini.
“Kami semua - termasuk petani dan pekebun - sedia untuk duduk berbincang dan mencari cara penyelesaian. Kalau boleh jumpa pun (sebab ancaman Covid-19) kami boleh buat mesyuarat secara dalam talian.
"Isu ini sangat serius, macam mana kami nak bersabar?" keluhnya.
Sementara itu, pengusaha yang bekerjasama dengan Choong, Erik Ong, berkata dia bersama kawan-kawannya sedang berusaha melancarkan laman sosial “e-petani” bagi membantu petani dan pekebun di Lembah Klang mempromosi hasil tanaman masing-masing secara dalam talian.
Peniaga dari Taman Tun Dr Ismail itu
juga menjelaskan terdapat sekurang-kurangnya 20 pekebun dan petani akan
membekalkan hasil tanaman mereka untuk laman sesawang itu dan tempahan
akan dibuat melalui perkhidmatan Grab bagi mengelakan kontak rapat
antara manusia.
“Harganya pasti jauh lebih rendah dari
pasaran kerana tujuan utama kami adalah untuk melariskan produk tanaman
dan mengelakkan pembaziran.
Terdahulu, Malaysiakini melaporkan kebanyakan petani dan pekebun meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa membuang hasil tanaman mereka akibat peraturan PKP yang mengehadkan operasi pasar raya dan pergerakan orang ramai.
Malah, ada petani mendakwa mereka terpaksa membuang beberapa tan sayur dan bisnes pula merudum sehingga 30 peratus.
Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin mendakwa terdapat kes pembuangan hasil pertanian di Johor dan Cameron Highlands dalam tempoh PKP.
Beliau turut menyeru kerajaan supaya mengambil langkah drastik nagi mengatasi kerugian yang dihadapi oleh petani sepanjang tempoh PKP.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Mazlan Lazim pula meminta pekerja khususnya di sektor pertanian supaya lebih bersabar sepanjang tempoh PKP.
Jelasnya, pihak berkuasa hanya menggesa pekerja sektor pertanian untuk mengurangkan tenaga kerja bukan menghalang untuk berniaga.
No comments:
Post a Comment