Tabung masjid mesti dimanfaat anak kariah terutama di kampung
BANGI
– Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia
bersetuju menjadikan masjid sebagai pusat komuniti bagi pengagihan
bantuan kepada asnaf dan mereka yang memerlukan.
Perkara
itu antara beberapa perkara yang dipersetujui dalam Persidangan Khas
Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Seluruh Malaysia Tahun
2020 yang diadakan pagi tadi.
Mesyuarat
berkenaan antara lain bersetuju sebahagian daripada peruntukan tabung
masjid perlu dimanfaatkan untuk anak-anak kariah terutamanya di kawasan
kampung.
Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad
Al-Bakri berkata, jawatankuasa masjid dipertanggungjawabkan untuk
mengenalpasti anak kariah yang tidak berstatus asnaf tetapi memerlukan
bantuan bagi memudahkan penyaluran sumbangan.
“Semua
pihak perlu prihatin berhubung penangguhan aktiviti di surau dan masjid
termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah. Justeru, semua pihak perlu
akur dengan ketetapan ini.
“Semua
masjid dan surau perlu melaksanakan operasi pembersihan dan nyahkuman
dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya dalam kenyataan, hari
ini.
Dr
Zulkifli turut memaklumkan cadangan pemasangan bacaan al-Quran di masjid
sebelum azan akan diperincikan lebih lanjut oleh pihak berkuasa agama
negeri masing-masing.
No comments:
Post a Comment