BUKIT KATIL: Tindakan Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia dari PKR, Datuk Muhammad Jailani
Khamis yang menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional di negeri
Melaka disifatkan sebagai mengkhianati parti.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Abdul Halim Bachik, meskipun Muhammad Jailani tidak mengisytihar keluar parti, namun tindakannya itu seolah-oleh beliau sudah keluar dari parti berkenaan.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Abdul Halim Bachik, meskipun Muhammad Jailani tidak mengisytihar keluar parti, namun tindakannya itu seolah-oleh beliau sudah keluar dari parti berkenaan.
"Dalam Keadilan, jika Adun atau Ahli Parlimen keluar parti, dia kena bayar RM10 juta itu perjanjian kita. Sekarang kita tidak pecat dia, tapi dia sokong sebelah sana maksudnya dia sudah keluar parti," katanya dalam sidang media, di sini pada Selasa.
Dalam sidang berkenaan, beliau menyatakan sokongan kepada pembentukan kerajaan Perikatan Nasional sekali gus menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan bubar di negeri itu.
Pada Isnin Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam sidang media mengumumkan, negeri berkenaan akan menerima kerajaan baharu yang ditubuhkan oleh Perikatan Nasional.
Menurut Ab Rauf, 17 ADUN menyokong Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan di Melaka sekali gus menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan di bawah pentadbiran Adly Zahari.
BACA: Pakatan Harapan tumbang di Melaka, Perikatan Nasional tubuh kerajaan
No comments:
Post a Comment