Lebih mengecewakan apabila usaha petugas hospital mengikat botol hand sanitizer itu dengan kabel wayar juga tidak mengurangkan ‘minat’ pihak yang berkenaan untuk mencuri cecair pembasmi kuman itu.
Sebelum ini tular satu ciapan di laman Twitter di mana seorang netizen menunjukkan gambar sedang memegang hand sanitiser dengan kapsyen “ambik kat hospital je free’.
“Buat pesakit, pelawat atau pun kakitangan hospital sendiri, jangan ambil harta kerajaan!
“Bantu kami untuk bantu anda. Mengambil sanitiser kami tidak membantu kami. Anda membantu virus & bakteria.
“Anda tau betapa pentingnya Hand sanitiser kepada petugas hospital? Kami guna hand sanitiser setiap kali melihat pesakit & bergerak dari satu katil pesakit ke katil yg seterusnya. Kami amalkan 5 Moments of Hand Hygiene bg meminimakan risiko tersebarnya jangkitan antara pesakit.
“Kalau
anda ambil Hand sanitiser kami bagaimana kami hendak rawat pesakit
dengan selamat dan cepat? Kami tau anda risau dengan COVID19. Kami pun
risau juga. Tapi mengambil sanitiser hospital bukan caranya. Anda boleh
sahaja basuh tangan dengan sabun selama paling minima 20 saat
“Anda
bayangkan, jika kami ada 30 pesakit di wad dan 6 doktor yang hendak
menunggu giliran membasuh tangan setiap kali bergerak dari satu katil ke
katil anda tahu berapa lama kami akan habiskan rondaan wad kami?” tulis
Dr Mahyuddin.
Bagaimanapun,
insiden tersebut tetap berulang menyebabkan Dr Mahyuddin melahirkan
rasa marah kerana masih ada kejadian mencuri hand sanitiser walaupun
botol produk itu telah diikat dengan kabel.
“Sanitiser kami Hilang lagi! *************************** Saya marah dan kecewa. Hand sanitiser yang dah diikat dengan cable wire pun boleh hilang. Bukan main cantik lagi perangai anda ye,” katanya. – MalaysiaGazette
No comments:
Post a Comment