Sabtu, 9 Februari 2019

Selepas Marzuki, kini MB Johor pula didakwa ‘miliki’ ijazah palsu

Muhammad Azizul Osman
 
 xFB_IMG_1549545664326-681x849



KUALA LUMPUR – Isu memiliki ijazah palsu turut terpalit kepada Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian.

Menurut pelayar Facebook, Ops Johor, Osman didakwa tidak memiliki Ijazah Perakaunan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Kantoi! MB Johor miliki Ijazah Perakaunan Palsu?

“Saya tak boleh nak jawab isu ini?

“Lepas Timbalan Menteri buat hal dengan isu pendidikannya, hari ini rakyat Johor pula mula mempersoal level pendidikan Tok Man?

“Hasil informasi diterima, terdapat keraguan munasabah tentang level pendidikan Tok Man? Alamak betul ke?” tulis status berkenaan.

Turut dimuatkan hasil carian nama Osman yang tidak memaparkan apa-apa maklumat di carian upm.edu.my.

Menurut status itu, netizen mula persoal samada dakwaan Facebook Ops Johor itu betul.

“Ikut sumber sahabat terdekat Tok Man pula, dia belajar sampai STPM je?

“Jika apa dipersoalkan itu benar, maka amat malanglah Bangsa Johor ‘berMenteri Besarkan’ Osman Sapian, patutlah pentadbiran Johor huru je, maklumlah Tok Man ni hanya tahu jadi Yes Man aje?

“Info Ops Johor dapat, UPM perkenal Bachelor Perakaunan tahun 1985. Ketika itu UPM pun takde offer Diploma Perakaunan, yang ada cuma Diploma Pengurusan Perniagaan, Degree pun UPM gunakan Bachelor?

“Ops Johor tidak pandang rendah mereka yang level pendidikan tak tinggi sebab masih ada kecerdikan pada mereka,” katanya lagi.

Status itu mendapat pelbagai komen daripada netizen.

Antaranya Shahnaz Alsagoff, yang berkata UPM tidak pernah menawarkan Diploma Perakaunan sebelum ini.

“Mana UPM pernah ada diploma perakuanan. DPP diploma pengurusan perniagaan ade. Degree pun UPM guna Bacelor.

“Cer kita siasat semua pimpinan PH ni..entah2 semuanya bohong dgn kelulusan mereka,” komen beliau.

Pengguna Facebook, Erwan Nasir pula menggesa agar rakyat selidiki latar belakang sebenar Osman yang dilantik sebagai Menteri Besar negeri itu setelah Pakatan Harapan memenangi Johor.

“Ok ready “angkatan tentera bawang Malaysia” sila kaji,” komen beliau di Facebook.

Isu memiliki ijazah tidak diiktiraf timbul selepas Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya mendakwa dirinya adalah graduan University of Cambridge yang bertempat di United Kingdom.

Bagaimanapun semalam, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)itu  mengakui beliau bukan graduan lepasan University of Cambridge, antara salah sebuah institusi pengajian tinggi yang dilabel berprestij di dunia.

Sebaliknya, beliau memaklumkan hanya mempunyai Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari Cambridge International University di Amerika Syarikat (CIU-USA). -MalaysiaGazette

Tiada ulasan: