Selasa, 12 Februari 2019

Saya difitnah ada ijazah – Mahfuz

MALAYSIAKINI


   
Isu kelayakan pemimpin politik diteruskan lagi dengan yang terbaru Timbalan Menteri Sumber Mahfuz Omar tampil menafikan mempunyai ijazah.

"Saya dimaklumkan bahawa telah tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa saya merupakan lulusan dari sebuah universiti luar negara.

"Perkara tersebut jelas merupakan satu fitnah yang jelas mahu mencemarkan nama saya. Saya tidak pernah memiliki apa-apa ijazah dari mana-mana universiti dalam atau luar negara.

"Perkara ini bukan rahsia kerana sejak dahulu lagi umum mengetahui bahawa saya tidak memiliki ijazah dari mana-mana universiti dari dalam atau luar negara," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Naib presiden Amanah itu berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang mengatakan beliau mempunyai ijazah dari universiti luar negara.

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini memuat naik di Facebook gambar yang memaparkan gambar Mahfuz yang disertakan latar belakang pendidikan di Belford University.

"Belford University ini dari mana?

"Mohon timbalan menteri ala pejuang berani mati mansuh AES ini beri sedikit penjelasan,"

"Di negara Wakanda ke?" kata Najib.

Sebelum ini, New York Times melaporkan Belford University sebagai sebahagian daripada sindiket penipuan.

Isu berhubung kelayakan pendidikan pemimpin politik timbul selepas terdapat laporan berhubung ijazah yang Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Marzuki Yahya.

LIHAT FB DI SINI


Tiada ulasan: