Ketua Pemuda Umno Bahagian Pengerang, Aznan Tamin mendakwa peneroka FELDA kini merasa cukup terseksa di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat mengenepikan kebajikan golongan tersebut.
Katanya terdapat kes di mana peneroka hanya mendapat gaji sebanyak RM400 sebulan berbanding RM3,000 yang dinikmati ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah.
“Hari ini peneroka sudah merasa kesannya dan generasi baru pun sudah mula merasai apabila ketiadaan pelbagai insentif termasuklah dengan penurunan harga sawit yang terus terumbang-ambing.
“Nampaknya peneroka sudah serik ditipu oleh Kerajaan PH, pendapatan mereka yang sebelum ini lebih RM3,000, kini hanyalah RM400 sebulan. Peneroka, generasi pertama dan kedua cukup terkesan dengan segala janji manis yang ditabur,” katanya melalui satu kenyataan media pada Khamis.
Mengulas lanjut, Aznan turut mempertikaikan janji Ph menghapuskan 50 peratus hutang peneroka FELDA yang sehingga kini tidak terlaksana.
Beliau turut menyifatkan janji tersebut sebagai sesuatu yang tidak masuk akal kerana sekiranya harga komoditi kelapa sawit turun dengan mendadak maka ia akan menyebabkan peneroka bertambah sengsara dan susah.
“Satu janji tidak masuk akal…Anda bayangkanlah sekiranya peneroka meminjam RM120,000 mereka perlu membayarnya hanya RM60,000 kepada FELDA.
“…Begitu juga dengan amaun lain sama ada sedikit atau banyak semuanya di janji hanya perlu membayar 50 peratus sahaja hutang tersebut, adakah ini satu janji yang waras dan masuk akal?,” soal beliau.
Aznan turut mempersoalkan ke mana menghilangnya Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman yang kini dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia (LPP).
“Kini setelah dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia, adakah beliau (Mazlan) hanya lepas tangan dan menutup mata sebelah dengan apa yang berlaku kepada peneroka FELDA hari ini.
“Janganlah hanya jadi jaguh kampung.. hanya pandai bercakap sahaja.. bila sudah ada kuasa apapun tidak dilaksanakan,” katanya.
[17:27, 2/7/2019] PRESS SYAKIRIN DAUD@WATAN: MCA SUDI JALIN KERJASAMA DENGAN PAS
Naib Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata MCA kini sedia bekerjasama dengan PAS dalam isu melibatkan kepentingan negara dan rakyat.
Katanya MCA mahu bersama-sama menumpukan terhadap masalah rakyat dan bukan isu perbezaan agama atau kaum yang memecahbelahkan seperti yang dimainkan oleh DAP.
“MCA akan terus membina hubungan kaum, dan malah bekerja dengan Pas mengenai isu-isu bersama demi kepentingan negara,” katanya melalui kenyataan pada Khamis.
Lian Ker turut menjelaskan mengenai tindakan DAP yang semata-mata atas kepentingan politik sehingga sanggup mengeksploitasi perbezaan agama dan kaum di negara ini.
Katanya kerjasama DAP dan PAS sebelum ini dilihat menyemai kebencian dan perasaan syak wasangka antara kaum sehingga menimbulkan kebencian dan polemik perkauman yang teruk, sekali gus memusnahkan keharmonian yang telah diusahakan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sejak mencapai kemerdekaan.
“DAP sebelum ini berjaya membuatkan masyarakat Cina menentang MCA disebabkan isu Ketuanan Melayu yang kononnya digalakan oleh UMNO dan diterima oleh MCA,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan