Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan membuat laporan polis
terhadap pemilik akaun Facebook ‘Abd Aziz Jenthan’ yang didakwa memuat
naik kenyataan berunsur fitnah terhadap Menteri Besar Datuk Seri
Aminuddin Harun.
Laporan ini dibuat bagi membersihkan nama menteri besar selain mahu pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat individu terbabit, katanya kepada Bernama.
Faiz mendakwa individu terbabit membuat fitnah berdasarkan ucapan Aminuddin pada Kursus Profesionalisme Keguruan Sekolah Agama Rakyat Negeri Sembilan di Seremban, Rabu lepas.
Antara lain, Aminuddin didakwa membuat kenyataan beliau memeriksa semua surau dan masjid di Negeri Sembilan kosong tanpa jemaah, justeru tapak masjid harus diserahkan kepada DAP untuk dimanfaatkan.
Sementara itu, Aminuddin ketika ditemui pemberita di Kuala Pilah menyifatkan individu berkenaan sebagai dangkal, tidak berilmu dan berniat jahat.
"Bila saya tegur, ada pula cakap saya datang masjid solat subuh pada 7.30 pagi. Solat subuh 6.07 pagi, saya rasa orang yang tular itupun tak tahu dia solat ke tidak sebab 7.30 pagi waktu (subuh) dah habis," katanya.-- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan