Selasa, 12 Februari 2019

“IIJAZAH SAYA SAH”- NAJIB

Wartawan Watan-Online


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bersedia membuktikan beliau sah menamatkan pengajian di Universiti Nottingham, United Kingdom sekitar tahun 1970-an

“Tiada masalah.

“Sudah tentu ijazah saya sah,” katanya lagi ketika ditemui media di Putrajaya pada Isnin.
Najib, yang mengkritik pemimpin Pakatan Harapan (PH) dalam isu kelayakan akademik, turut menjadi sasaran dalam isu sama.

Awal hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Keranji, Chong Zhemin mendakwa Najib tidak menamatkan pengajiannya di Universiti Nottingham.

Chong berkata bagi membalas kenyataan tindakan Presiden MCA Wee Ka Siong yang bertindak mencari kebenaran menyemak kelayakan pemimpin-pemimpin PH.



Tiada ulasan: