KEADILAN DAILY
Datuk Seri Dr Wan Azizah menyifatkan lawatan sulungnya ke luar negara sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Mongolia sebagai satu pengalaman pembelajaran yang hebat.
Memetik Bernama, beliau juga berjanji untuk terus berjimat dalam membelanjakan wang negara untuk lawatan demikian.
“Alhamdulillah. Ia adalah pengalaman pembelajaran yang hebat bagi saya, pendedahan pertama saya mewakili Malaysia di luar negara,” katanya ketika menyimpulkan lawatan beliau ke Mongolia.
Dr Wan Azizah yang juga presiden KEADILAN itu dalam perjalanan pulang selepas lawatan tiga hari ke Mongolia sempena Persidangan Menteri-Menteri Asia mengenai Pengurangan Risiko Bencana (AMCDRR).
Beliau berkata Malaysia mempelajari beberapa perkara bidang pengurangan risiko bencana menerusi program AMCDDR.
“Kami mendapat idea, (membina) jaringan dengan hubungan Asia yang penting. Malaysia dapat mempelajari ilmu bermanfaat dan turut juga menyumbang,” katanya.
AMCDRR adalah satu wacana untuk memupuk kerjasama serantau bagi menangani isu-isu berkaitan pengurangan risiko bencana.
Lebih 3,000 perwakilan dari 50 negara Asia Pasifik berhimpun di ibu negara Mongolia bagi menghadiri persidangan empat hari tersebut yang berakhir esok.
Dr Wan Azizah membuat keputusan untuk menaiki penerbangan komersial untuk lawatan sulung ke luar negara kerana faktor kos dan tidak menaiki pesawat kerajaan kerana ia melibatkan kos yang tinggi dan memilih menginap di bilik hotel jenis biasa.
No comments:
Post a Comment