Anggota parlimen Kepong Lim Lip Eng mengingatkan tawaran RM100,000 bagi sesiapa yang dapat membawa balik hartawan buruan Jho Low ke Malaysia masih terbuka.
“Tawaran ini masih terbuka, dan penaja amat gembira untuk memberi habuan kepada pihak yang dapat membawa balik Jho Low bagi berdepan pengadilan terhadapnya,” kata Lim dalam kenyataan hari ini.
Lim bulan lalu berkata seorang penaja yang enggan mendedahkan identitinya bersedia membayar habuan itu bagi berdepan sistem keadilan negara ini, susulan dakwaan penglibatannya dalam skandal 1MDB.
Lokasi hartawan Pulau Pinang itu setakat ini masih belum jelas. Beliau sebelum ini dilaporkan berada di Macau sebelum bergerak ke China semalam.
Seorang pegawai kerajaan negeri China hari ini bagaimanapun menyangkal laporan itu.
Low adalah individu penting dalam siasatan skandal 1MDB.
Dia didakwa menggunakan wang 1MDB antara lain untuk membeli kapal layar mewah bernilai kira-kira RM1 bilion, barangan kemas untuk model Australia Miranda Kerr dan rantai dengan berlian merah jambu bernilai AS$27.3 juta kepada isteri Malaysian Official 1 (MO1).
Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) mendakwa berlian itu dibeli menggunakan wang AS$620 juta yang didakwa MO1 telah dipulangkan kepada kerabat diraja Saudi.
MO1 dikenal pasti sebagai bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak
No comments:
Post a Comment