Friday, July 27, 2018

Kapal terbalik: Tiada risiko tumpahan minyak merebak ke perairan Perak

THE MALAYSIAN TIMES
 


IPOH: Tiada risiko tumpahan minyak akan merebak ke perairan utara Perak di Tanjung Piandang setakat ini susulan kapal muatan ikan terbalik di perairan Pulau Pinang semalam.

Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata Jabatan Laut negeri akan terus memantau dan memaklumkan kepada kerajaan negeri sekiranya berlaku sebarang risiko.

“Tiada perkara yang perlu dibimbangkan, namun saya meminta orang ramai memberi dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa yang berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) di sini hari ini.

Beliau kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada semua anggota dan pegawai agensi yang terlibat dalam mengawal keadaan di lokasi.

Kapal kargo Xin Yi Yi dari China sepanjang 43.6 meter itu, dalam perjalanan memasuki pelabuhan Pulau Pinang, hampir karam selepas dipercayai melanggar dengan tukun kapal simen berhampiran perairan pantai Permatang Damar Laut, dekat George Town, pada kira-kira jam 5.30 pagi semalam.

Kapal yang dikendalikan seorang kapten dan empat kru terdiri daripada seorang warga Hong Kong dan empat rakyat China berusia antara 25 dan 40 tahun itu tidak mengalami kecederaan.– Bernama

No comments: