Syor jawatan tinggi dilulus di Parlimen sebelum dapat perkenan Agong
BANGI –
Pakatan Harapan akan memecat semua pegawai tinggi kerajaan yang memihak
kepada Barisan Nasional (BN), sekiranya gabungan pembangkang itu
memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Naib
Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, langkah itu akan
dilaksanakan sebaik sahaja Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan sedia
ada.
Katanya,
pegawai tinggi kerajaan ditugaskan untuk memegang amanah dan menjaga
kepentingan rakyat, bukannya menjaga individu tertentu.
“Ini
melampau. Kalau nak berpihak kepada ‘government of the day’ itu tak apa.
Tapi mereka melampaui batas dengan melindungi penjenayah.
“Bagi kami
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu penjenayah. Ia satu yang
tak boleh diterima,” katanya seperti dilapor media tempatan.
Mukhriz
yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)
berkata, PH akan mengesyorkan lantikan individu bagi jawatan tinggi
dalam kerajaan diluluskan di peringkat Parlimen, sebelum mendapat
perkenan Seri Paduka Baginda.
Katanya,
ia termasuk pelantikan untuk jawatan Ketua Polis Negara, Ketua
Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Peguam
Negara.
No comments:
Post a Comment