BISMILLAH. Saya mempunyai beberapa rakan wartawan dari akhbar Sinar Harian (SH) edisi
Terengganu. Saya sangat menghormati profesion mereka. Sentiasa saya
cuba mengajak mereka dalam mana-mana majlis utama untuk liputan kerana
sebelum ini, akhbar SH tidak terlalu memihak.
Tetapi agak kecewa dengan cara pemutaran
fakta dan tajuk berita yang telah dilakukan sepertinya mahu berkempen
menghapuskan PAS bagi pihak lain. Saya percaya SH edisi Terengganu tidak
sebegitu. Mungkin ada tangan-tangan luar lain yang cuba merosakkan
hubungan SH dengan PAS.
Saya sebagai Ketua Penerangan PAS
Terengganu mewakili BPPNT amat kesal dengan cara pemberitaan SH yang
cuba memberikan persepsi buruk kepada PAS. Atas nama Allah, saya menyeru
SH dan semua akhbar untuk kembali ke landasan sebenar penulisan.
Kritiklah PAS tapi jangan memfitnah,
marahlah PAS tapi jangan berbohong, kejilah PAS tapi jangan meliar,
kerana kita sebagai orang Islam, ada neraca dosa pahala di dalam
perbuatan kita. Kepada Allah kami serahkan segalanya. Wallahua'lam.
*YB USTAZ MOHD NOR HAMZAH,Ketua Penerangan PAS Terengganu
No comments:
Post a Comment