Wednesday, March 28, 2018

Kit Siang digantung enam bulan ganggu pembentangan usul persempadanan semula

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang digantung selama enam bulan berkuat kuasa serta-merta selepas mengingkari arahan Speaker Dewan Rakyat hari ini.
 
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, mengambil tindakan itu mengikut Peraturan 44(3) Peraturan Mesyuarat Parlimen selepas Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP enggan mematuhi arahan supaya berhenti mengganggu perjalanan persidangan.
 
Usul penggantungan Kit Siang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman.
 
Kekecohan bermula apabila Kit Siang berterusan mengganggu sidang ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mahu membentangkan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.
 
Kekecohan itu berlaku ekoran pembangkang didakwa cuba melengah-lengahkan usul ini daripada dibentangkan.
 
Selain Kit Siang, usul itu juga dibantah Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin.
 
 

No comments: