KUALA LUMPUR: Kaunter pendaftaran aplikasi e-hailing MyCar dibanjiri
hampir 2,000 pemandu Uber dari seluruh negara sejak pengumuman
pemberhentian operasi dibuat syarikat Uber bermula 8 April ini.
Ketua Pegawai Operasi Platform Apps Sdn. Bhd., Mohd. Noah berkata,
kesemua pemandu tersebut telah didaftarkan sejak tiga hari lalu selepas
MyCar membuka pendaftaran melalui pendaftar-pendaftar pemandu yang
dilantik di seluruh negara.
"Berikutan itu, MyCar akan membuka kaunter pendaftaran setiap hari di
Ibu pejabat MyCar di Setia Alam, Shah Alam mulai hari ini bagi
memudahkan pemandu membuat pendaftaran selepas waktu pejabat sehingga
jam 11 malam.
"Bukan itu saja, mereka yang menetap jauh boleh mendaftar dengan
menghubungi pendaftar MyCar di laman rasmi Facebook MyCar di
www.facebook.com/mycar.net.my," katanya dalam satu kenyataan, di sini
hari ini.
Mohd Noah berkata, MyCar juga bersedia menerima lebih banyak tempahan
daripada pengguna di seluruh negara dan ia jelas terbukti apabila MyCar
menjadi pilihan utama bagi pemandu Uber untuk berhijrah dari syarikat
gergasi, GrabCar.
No comments:
Post a Comment