Boleh jadi rakan dalam kerajaan jika PAS jadi 'king maker' selepas PRU14
CYBERJAYA
– PAS tidak menolak untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana
pakatan, asalkan mereka menerima konsep yang dikemukakan dalam manifesto
Gagasan Sejahtera (Gagasan).
Presidennya,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS berlapang dada untuk
bekerjasama bagi membentuk kerajaan sekiranya menang memerintah negara
selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, dengan syarat menerima
manifesto daripada blok ketiganya.
“Bila PAS
jadi ‘king maker’, PAS boleh bekerjasama dengan parti-parti lain, dengan
siapa kita nak bekerjasama ini tunggu keputusan PRU, kita tak tahu sama
ada menang atau kalah.
“Bagaimanapun,
parti yang mahu bekerjasama dengan PAS mesti menerima konsep yang kita
kemukakan dalam manifesto untuk jadi rakan dalam kerajaan,” katanya
dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Manifesto Malaysia
Sejahtera Peringkat Pertama, malam tadi.
Mengulas lanjut, katanya, PAS boleh menjadi ‘penentu’ kepada kerajaan walaupun dengan kemenangan majoriti mudah.
Mengulas lanjut, katanya, PAS boleh menjadi ‘penentu’ kepada kerajaan walaupun dengan kemenangan majoriti mudah.
“Dengan
‘simple majority’ itu PAS boleh memilih sama ada untuk bekerjasama
dengan Barisan Nasional (BN) atau pun Pakatan Harapan (PH),” katanya.
Malam tadi, Gagasan Sejahtera secara rasmi mengumumkan manifesto dengan 20 tawaran utama kepada rakyat.
Manifesto
itu membawa matlamat untuk melakukan perubahan bagi memimpin negara,
memperbaiki kerosakan, menjadi penyelamat dan mengemukakan penyelesaian
terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat, masyarakat dan negara.
No comments:
Post a Comment