Tuesday, March 27, 2018

PH DILEMA PILIH LOGO PAN ATAU PKR




Pakatan Harapan (PH) mungkin terpaksa memilih menggunakan logo PAN atau PKR pada  Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Perkara ini dijangka akan diumumkan Presiden PH Tun Dr Mahathir pada esok (Selasa) dalam mesyuarat mingguan Majlis Presiden PH.

Naib Presiden PH Salahuddin Ayub berkata, logo PPBM tidak akan digunakan susulan parti itu menghadapi masalah dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan Majlis Presiden PH sepakat menggugurkan penggunaan logo parti itu.

“PPBM dihalang mengunakan logo mereka. Kita kena guna antara dua logo parti ini. Jadi kita akan fikir logo mana paling berkesan (PAN atau PKR).

“PH akan menggunakan hanya satu logo pada PRU sekiranya empat parti itu gagal didaftarkan sebagai sebuah gabungan untuk membentuk PH,” ujarnya dipetik daripada portal Malaysia Dateline.

Menurut Salahuddin,  PH tidak akan berputus asa dengan tekanan RoS terhadap parti dalam gabungan itu.

“Nampaknya Ros tidak beri peluang itu (mendaftar PH)…kita telah fikir lebih jauh setapak lagi jika Ros tidak beri lambang PH kita akan guna satu lambang dalam parti PH. Kita akan fikirkan lambang mana yang terbaik akan kita gunakan.

“Walaupun RoS menolak  kita tetap guna lambang parti kita untuk PH. Kita yakinkan rakyat kita tidak putus asa. Kita akan guna satu lambang dikalangan parti kita,” katanya.


No comments: