Oleh Ainor Rahim
PUTRAJAYA: Pemuda PPBM mendedahkan seorang Ketua Cawangan Umno telah
mengemukakan laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), bagi
mendesak siasatan terperinci dilakukan terhadap parti itu yang didakwa
sedang menghadapi krisis perlembagaan.
Ketua Penerangan Pemuda PPBM Ulya Uqamah Husamuddin walau bagaimanapun,
enggan mendedahkan nama individu berkenaan, yang dakwanya sulit.
“Tuan-tuan, kami ingin juga katakan hari ini saya difahamkan awal pagi
tadi. Seorang Ketua Cawangan Umno telah pun hadir kepada RoS untuk
memberi laporan mengenai isu dan krisis perlembagaan ini.
“Maka daripada laporan yang telah dijalankan ahli Umno tersebut, Ketua
Cawangan bukan calang-calang. Ketua Cawangan Umno tersebut termasuk
dengan petisyen daripada rakyat yang telah kita bawa hari ini,” katanya
kepada pemberita diluar pejabat Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya
hari ini.
Ulya yang bersama ahli sayap pemuda parti pimpinan Tun Dr Mahathir
Mohamad itu hari ini turut menyerahkan surat gesaan dan petisyen kepada
wakil RoS, untuk diserahkan kepada Ketua Pengarahnya Surayati Ibrahim.
No comments:
Post a Comment