Thursday, March 1, 2018

Harga petrol, diesel naik hingga 7 Mac

DETIK DAILY



KUALA LUMPUR― Harga minyak petrol RON95, RON97 dan diesel meningkat bermula tengah malam tadi, umum Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Harga RON95 naik 3 sen seliter dari RM2.17 kepada RM2.20, dan RON97 naik 4 sen seliter dari RM2.43 kepada RM2.47.

Sementara harga diesel naik 5 sen seliter dari RM2.13 kepada RM2.18.

Harga bahan api yang ditetapkan secara mingguan itu berkuat kuasa 1 Mac hingga Khamis minggu depan.

No comments: