BENTONG: “Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dalam keadaan sihat, semua
excellent," tegas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.
Kenyataan Adnan itu sebagai menjawab dakwaan sesetengah pihak kononnya
baginda gering. Ini berikutan penularan sebuah video yang memaparkan
keadaan Sultan Pahang.
“Tuanku Sultan dari segi vital sign iaitu tekanan darah, nadi dan
sebagainya, serta systemic finding seperti jantung, paru-paru, buah
pinggang semuanya dalam keadaan terbaik.
"Tuanku boleh keluar walaupun kena bergerak atas wheelchair, ada masa
Tuanku boleh berjalan... cuma atas faktor usia, Tuanku lebih suka naik
wheelchair dan suka beristirehat sahaja," katanya.
Adnan bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Anak
Pahang (BAP) di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini, Isnin.
Pada majlis itu seramai 1,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari
kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangi menerima bantuan
persekolahan berupa wang tunai berjumlah RM200 tiap seorang.
Adnan berkata sebelum ini tugas memerintah negeri diberikan kepada
Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah bagi membolehkan baginda menimba
pengalaman dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Sebab itu tugas-tugas itu diberikan kepada anakanda baginda Tengku Abdullah," tegas Adnan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan