Rabu, 24 Januari 2018

Keputusan Pas bertanding di Permatang Pauh menyedihkan, kata PKR



Keputusan Pas bertanding di Permatang Pauh menyedihkan, kata PKR

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya berasa amat sedih apabila Pas membuat keputusan untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Keputusan PAS untuk bertanding di Permatang Pauh amatlah dikesali,” kata beliau.


Nik Nazmi Nik Ahmad

Menurutnya, tindakan ini tidak bertanggunjawab dan menjejaskan kepentingan dan aspirasi rakyat untuk melihat pembangkang bersatu melawan Najib Razak.

“Pertandingan pelbagai penjuru hanya menguntungkan Umno-Barusan Nasional (BN) dan status quo ekonomi yang menekan rakyat dan dibelenggu rasuah.

Kata beliau lagi, amatlah menyedihkan melihat usaha membina perpaduan dalam kalangan pembangkang oleh tokoh-tokoh seperti Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat digadaikan oleh pimpinan Pas hari ini.

“Pengundi dan akar umbi Pas boleh menilai sendiri di mana hala tuju Pas dengan keputusan ini,” kata beliau.

Tiada ulasan: