Selasa, 23 Januari 2018
Dr Badrul Amin Tuduh PAS Sesat, Mahathir Sudah Bertaubat
Aktivis PKR, Dr Badrul Amin Baharom melakukan pusingan ‘U’ dengan menuduh PAS sebuah parti yang sesat dan Tun Dr Mahathir Mohamad, tokoh yang dimusuhi sebelum ini sebagai ‘sahabt baharu’ yang telah bertaubat.
Pada 2001, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia, Badrul Amin yang ketika itu aktivis reformasi dari Parti Keadilan Nasional adalah salah seorang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan.
Ketika memperjuangkan reformasi itu, Badrul Amin melabel Mahathir seorang tokoh yang jahat dan PAS adalah sahabat yang baik.
Namun selepas Mahathir menubuhkan PPBM dan menyertai Pakatan Harapan (PH) serta dilantik sebagai Pengerusi PH, pendirian Badrul Amin terhadap Mahathir dan PAS juga turut berpusing 360 darjah.
“Banyak orang tanya apa pendirian saya tentang Tun M.
“Saya jawab – Kalau memang dulu dia jahat dan musuh saya, namun kini dia lebih baik dari segolongan orang yang dulu pernah menjadi kawan dan sahabat saya.
“Mengapa? – Sebabnya Tun M kini sanggup bersama kami untuk berjuang menghentikan rasuah serta menyelamatkan negara dari kejahatan pemimpin UMNO BN. Sedangkan orang yang dulu jadi sahabat saya kini mencari sejuta alasan untuk mempertahankan pemimpin-pemimpin rasuah yang menghancurkan negara.
“Ingat! Kalau dulu seorang itu jahat tapi kini baik, itulah ajaran Islam – namanya TAUBAT.
“Tapi… Jika ada orang yang dulunya baik tapi sekarang jahat, itulah ajaran Syaitan – namanya SESAT.
“Jangan pura-pura berselindung di sebalik kata ISTIQOMAH – kerana istiqomah yang dituntut bukanlah mempertahankan puak atau pemimpin, tapi mempertahankan perinsip kebenaran dan keadilan,”kata Badrul Amin dalam Facebook.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan