ULASAN-Terdapat
usaha mengelirukan rakyat dengan menyatakan AMANAH Johor telah
dipinggirkan dalam pengagihan kerusi di Negeri Johor setelah
dimuktamadkan pada 18 Januari 2018 dalam Retreat PH Johor.
Kedudukan kerusi di Johor adalah 18 PPBM, 14 DAP, 12 AMANAH, 12 PKR.
PPBM sememangnya lebih kerusi daripada parti-parti lain di Johor kerana itulah persetujuan ke empat-empat parti yang telah meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Johor. Tidak mungkin berlakunya PPBM lebih rendah kerusinya daripada parti-parti yang lain.
Kerusi Dun yang ditinggalkan oleh Pas kebanyakannya diagihkan pada AMANAH dan PPBM.
PPBM yang mempunyai kekuatan menembusi kawasan-kawasan luar bandar seperti Felda dan kampung tradisi diberi tanggungjawab mendepani kawasan sukar seperti Dun Kahang dan Dun Panti.
Untuk berlaku adil PPBM juga diberi kawasan campuran tetapi pada jumlah yang sangat minima seperti Dun Puteri Wangsa dan Dun Bukit Permai.
Terdapat lebih 30% kerusi Dun sukar menang di Negeri Johor. Dengan kekuatan jentera, PPBM yakin boleh menang sebahagian daripada kawasan sukar ini. Maka hasilnya PPBM mendapat kerusi yang lebih berbanding parti-parti lain.
AMANAH pula diberi tanggungjawab memberi fokus di kerusi campuran dan tidak memfokus kerusi sukar menang. Berdasarkan kekuatan yang ada pada AMANAH, kerusi campuran adalah lebih mudah dimenangi berbanding kerusi luarbandar.
Walaubagaimana pun kerusi campuran ini telah dikongsi bersama dengan rakan-rakan PKR dan DAP. Maka bilangannya sangat terhad.
AMANAH diberi lebih kerusi Dun mudah menang seperti Sungai Abong, Parit Yaani dan Nusajaya. Kerusi yang diperolehi AMANAH memang jumlahnya sedikit iaitu 12 kerusi tetapi lebih 80% mudah menang.
Jumlah ini sudah cukup membuatkan petugas AMANAH seluruh Negeri Johor tidak cukup tidur malam sebelum PRU14. AMANAH fokus kepada kualiti, PPBM fokus kepada kuantiti. Itulah konsep yang kita gunakan untuk menuju Nusajaya.
PKR dan DAP juga telah menerima jumlah kerusi yang sama seperti dalam PRU13. Walaupun mereka sebenarnya memiliki kekuatan bertanding di kawasan campuran lain tetapi atas rasa hormat dalam Pakatan Harapan mereka sedia kekal dengan bilangan kerusi seperti PRU13 yang lalu.
Mereka akan sama-sama berusaha untuk mempastikan kerusi masing-masing menang dalam PRU14.
Saya sangat berbangga dengan muafakat semua pimpinan dalam Pakatan Harapan Johor.
Saya telah diberi tanggunjawab oleh AMANAH untuk aktif di Dun Puteri Wangsa lebih setahun yang lalu. Telah banyak antiviti yang dilaksanakan. Telah ramai pengundi disantuni. Organisasi telah dibina. Dana pula telah dikumpul.
Tetapi atas rasa ingin menang bersama menuju Nusajaya dan rasa hormat saya kepada rakan-rakan dalam Pakatan Harapan saya tiada masalah Dun Puteri Wangsa ditandingi PPBM.
Masih banyak lagi Dun boleh menang untuk saya tandingi dalam PRU14. Malam semalam saya sempat berceramah bersama rakan-rakan PH di Felda Ulu Tebrau, Dun Puteri Wangsa walaupun AMANAH tidak bertanding disitu. Yang lebih penting adalah Pakatan Harapan Johor dapat diperkukuh untuk diterima rakyat bagi mengalahkan BN dalam PRU14. Jom Sokong Pakatan Harapan!
*Penulis Suhaizan Kaiat adalah Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan