LIMBANG: Mahkamah Majistret menetapkan 20 hingga 24 November ini untuk
perbicaraan kes cabul dan rogol lima sekeluarga terhadap seorang
kanak-kanak yang juga ahli keluarga mereka.
Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim menetapkan tarikh itu untuk serahan
dokumen selepas semua tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon untuk
dibicarakan, lapor Berita Harian.
Terdahulu, lima lelaki itu dituduh merogol dan mencabul kehormatan
mangsa yang berusia 12 tahun antara Jun hingga November tahun lalu.
Mereka terdiri daripada datuk mangsa berusia 72 tahun, ayah mangsa
berusia 40 tahun dan tiga sepupu mangsa berusia antara 16 hingga 21
tahun.
Bapa mangsa dituduh merogol mangsa sebanyak empat kali, manakala
tertuduh kedua dan ketiga yang juga sepupu mangsa, masing-masing dituduh
merogol mangsa sebanyak tiga kali dan empat kali.
Tertuduh kelima iaitu datuk mangsa, dituduh mencabul kehormatan mangsa
sebanyak enam kali, manakala seorang lagi sepupu mangsa dituduh mencabul
kehormatan mangsa empat kali.
Mengikut kertas pertuduhan, semua mereka dituduh merogol dan mencabul
kehormatan mangsa di beberapa kawasan berasingan di sebuah kampung di
daerah ini antara penghujung November 2016 hingga Jun lalu.
Semua mereka dituduh mengikut Seksyen 376B, Seksyen 376 (1) Kanun
Keseksaan , Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C, Kanun
Keseksaan.
No comments:
Post a Comment