Abdul Aziz Isa ditahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan, kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak menjejaskan keamanan.
Jika didapati bersalah Abdul Aziz boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
Chong dalam catatan di Facebooknya berkata, bekas calon Batu Kitang itu ditahan selepas “memuat naik komen tidak menyenangkan mengenai perdana menteri”.
Beliau yang juga ahli Parlimen Bandar Kuching turut berkata polis enggan membenarkan seorang peguam hadir ketika Aziz disoal siasat.
Beliau menyifatkan penahanan itu “tidak masuk akal” dan “ironi besar” kerana ia berlaku pada Hari Malaysia.
“Hak rakyat untuk mengkritik pemimpin politik kita ditekan seolah-olah tiada hak untuk rakyat bersuara.
“Ia memalukan kerana pentadbiran negara perlu menggunakan polis bagi menekan suara penentang,” katanya.
No comments:
Post a Comment