MALAYSIA DATELINE
Pas menganggap pilihan raya umum ke 14 akan datang ini sebagai satu
‘perang ahzab’ (gabungan) kerana parti itu terpaksa berdepan dengan
gabungan parti-parti lain.
“Kali ini kita akan berdepan dengan dua kumpulan Barisan Nasional dan
Pakatan Harapan,” kata timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak dalam parti itu bersedia untuk menghadapi pelbagai fitnah.
“Kita jangka PRU 14 akan sangat sengit… tidak sama dengan sebelum ini.
“Pas akan hadapi PRU 14 dengan kemuncak gelombang fitnah dari media
sosial yang luar biasa,” kata beliau ketika memberikan ucapan di majlis
makan malam amal di Putatan, Sabah malam ini.
Beliau yakin, ketika itu nanti akan muncul kenyataan pemimpin parti itu yang dibuat seolah-olah kenyataan mereka.
Akan muncul juga gambar aktiviti parti dan pemimpim parti itu yang sebenarnya bukan aktiviti mereka.
Beliau turut menjangka, bukan BN saja yang akan serang Pas dan
Gagasan Sejahtera tetapi juga Pakatan Harapan akan serang Pas dan
Gagasan Sejahtera.
“Pimpinan, ahli kita semua kena bersedia,” katanya dalam ucapan di Dewan Tadika Chi Hwa, Sandakan, Sabah itu.
No comments:
Post a Comment