KOTA BHARU: PAS yakin pengundi di Kelantan akan menolak parti
serpihannya, Amanah, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, hasil analisa
yang dilakukan pihaknya, sokongan rakyat terhadap Amanah didapati tidak
sampai satu peratus dan situasi tersebut cukup membayangkan bagaimana
nasib parti itu sekiranya ingin bertanding dalam pilihan raya.
“Kalau begitu keadaannya, bagaimana hendak bertanding. Sejarah
membuktikan parti baharu, parti serpihan ini selalunya tidak kemana-mana
kecuali jika berlaku gelombang besar seperti Semangat 46 dan PKR satu
ketika dahulu,” katanya dipetik Utusan Online.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian
sambutan Jubli Emas 50 tahun Pas Kota Bharu di Medan ilmu di sini
sebentar tadi.
Amanah sebelum ini membayangkan akan bertanding di semua kerusi Dewan
Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di seluruh Kelantan dalam PRU-14.
No comments:
Post a Comment