KUCHING: Seorang lelaki maut dipanah petir ketika sedang melakukan
kerja-kerja memasang perancah besi di sebuah tapak projek pembinaan.
Kejadian malang yang berlaku pada 2.30 petang semalam turut disaksikan
bapa mertua mangsa yang kemudiannya cuba menahan mangsa daripada jatuh.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai mengesahkan kejadian itu.
"Ketika itu, cuaca agak mendung, berangin dan hampir hujan.
"Mangsa sedang bekerja di tingkat satu bangunan tersebut apabila secara
tiba-tiba kilat memanah tepat ke bahagian kepalanya, menyebabkannya
terkulai dan rebah serta-merta," kata Abang Ahmad.
Mangsa dikenali sebagai Nasion Raby Tagik, 26, dari Rumah Jengging, Sungai Lajan, Song.
Selepas disambar petir, badan Nasion disambar bapa mentua dan rakan
sekerjanya yang berada berhampiran sebelum jatuh ke bahagian bawah
bangunan.
Pihak polis dan pasukan paramedik kemudiannya dihubungi dan selepas itu mengesahkan kematian mangsa.
"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat," kata Abang Ahmad lagi.
No comments:
Post a Comment