SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad
tidak bermasalah untuk memasuki Sarawak, itu jaminan Ketua Menteri,
Datuk Abang Johari Tun Abang Openg.
Bukan sahaja Dr Mahathir, beliau juga memberi jaminan yang sama terhadap pemimpin pembangkang yang lain termasuk Lim Kit Siang.
"Tak ada masalah, mereka bukan pelampau," kata Abang Johari memetik laporan The Star.
Dr Mahathir akan hadir ke Sarawak pada hari ini bagi menghadiri program
pembangkang, dan berucap mengenai manifesto PH terhadap rakyat di
negeri itu pada PRU14 akan datang.
Semalam dua pemimpin PKR, Zuraida Kamaruddin dan Hee Loy Sean mendapat
notis Jabatan Imigresen yang menghalang kemasukan mereka ke Sarawak.
Abang Johari dalam pada itu menegaskan halangan untuk memasuki Sarawak
hanya dikenakan terhadap pemimpin politik yang bertindak melampau.
"Kebebasan bersuara tidak bermakna ia boleh dilakukan dengan
mengorbankan rakyat. Saya akan menghalang ahli politik yang mungkin
menyebabkan perpecahan di Sarawak, walau apapun yang dikritik," katanya.
No comments:
Post a Comment