SELANGOR KINI
SEREMBAN: Setakat jam 1 tengah hari ini, seramai 82
orang daripada 29 buah keluarga yang terjejas akibat banjir kilat di
empat kawasan di Lenggeng, semalam, dipindahkan selepas rumah mereka
dinaiki air.
Angka itu meningkat berbanding tengah malam tadi iaitu 76 mangsa daripada 26 buah keluarga.
Pegawai Operasi Angkatan Pertahanan Awam Daerah Seremban Lt. (PA)
Mohd Najib Abd Karim berkata, sebanyak empat kawasan terjejas iaitu
Kampung Sungai Macang Hilir, Kampung Sungai Jai, Kampung Mendung dan
Kampung Rawa.
“Penduduk yang terjejas ditempatkan di pusat pemindahan sementara di
Surau Tengah Kampung Sungai Macang Hilir,” katanya dalam kenyataan di
sini Ahad.
Beliau berkata paras air juga mulai surut dan ada antara penduduk
yang sudah kembali ke rumah masing-masing untuk kerja-kerja pembersihan.
Banjir kilat dipercayai berlaku berikutan hujan lebat dari jam 4
petang hingga 6 petang semalam di kawasan Kampung Sungai Bioh
menyebabkan banjir kilat akibat hakisan tebing sungai dan kerja-kerja
mengorek tanah serta penyelenggaraan yang tidak sempurna.SUMBER: BERNAMA
No comments:
Post a Comment