SELANGOR KINI
KLANG : Bekalan darah untuk kegunaan pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) hampir kritikal.
Pegawai Perubatan Transfusi Darah HTAR, Dr Sagunthala, berkata ia membabitkan semua jenis darah, lapor BH ONLINE.
“Bekalan darah sebenarnya bukan untuk keperluan HTAR sahaja, tetapi untuk keperluan beberapa hospital di daerah lain.
“Bekalan darah HTAR akan turut disalurkan ke Hospital Banting,
Hospital Tengku Ampuan Jemaah di Sabak Bernam, Hospital Shah Alam dan
Hospital Tanjong Karang.
“Kita
memang perlukan banyak darah dan sebab itu kami banyakkan program derma
darah dalam kawasan liputan HTAR. Kami juga menghubungi penderma tetap
dan kerap untuk menderma.
“Selain mangsa kemalangan dan ibu bersalin, pesakit kanser darah juga memerlukan bekalan darah yang banyak,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri
Kempen Derma Darah Unit Tabung Darah HTAR anjuran Jaksa Pendamai Klang,
Kumpulan ACMAR @ Kelab Eksekutif Klang (KEC) dan Kelab Rotary Klang
(KRC) di sini, hari ini.
Dr Sagunthala berkata, khuatir dengan tahap bekalan darah mendorong
Unit Transfusi Darah HTAR bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi
menganjurkan kempen derma darah.
“HTAR berusaha adakan kempen derma darah pada setiap hari di tempat
berbeza menerusi kerjasama dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO),” katanya.SUMBER: BH ONLINE
No comments:
Post a Comment