Friday, September 8, 2017
Ketua Pemuda PAN Tidak Mahu Nafi Dengan Tuduhan Mahu Singkirkan Azmin
Ketua Pemuda PAN, Mohd Sany Hamzan tidak mahu menafikan beliau terlibat mengeluarkan kenyataan mahu menyingkirkan Datuk Seri Mohamad Azmin Ali daripada kekal menjadi Menteri Besar Selangor sebagai mana yang sedang tular di laman sosial sejak semalam.
“Kenyataan ni adalah fitnah, harap maklum, betulkan bos Mohd Sany Hamzan ini fitnah kan,” kata Abdullah Zawawi Wahab yang turut ditujukan kepada Facebook Mohd Sany Hamzan tanpa mendapat apa-apa respon balas.
Kenyataan media yang tular di media sosial menggunakan nama Mohd Sany adalah seperti berikut:
CADANGAN AZMIN ALI BUKAN CALON MB SELEPAS PRU 14
1. Pendirian Azmin Ali sebagai MB Selangor dalam Pakatan Harapan (PH) ternyata tidak konsisten. Keadaan itu, melemahkan agenda Pakatan Harapan (PH) menghadapi BN dalam PRU akan datang.
2. Sikap MB Selangor yang masih tarik tali dengan PAS, walaupun PAS terang-terangan mengeluarkan kenyataan memburukkan Pakatan Harapan (PH), dan menyerang PKR yang sedikit sebanyak memberi imej kurang baik rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH)
3. Tidak sekadar itu sahaja, malahan sikap Azmin Ali yang menampilkan terus menerus tidak mahu membuat keputusan secara konsensus dengan Parti AMANAH Negara (AMANAH), DAP dan BERSATU di peringkat Negeri Selangor sudah pasti memberikan gambaran bahawa dengan Azmin Ali sebagai pemimpin utama PH di Selangor kurang memberi kesan baik kepada keyakinan rakyat untuk pembentukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Negeri Selangor selepas PRU akan datang.
4. Justeru, pihak Parti AMANAH Negara (AMANAH) menyatakan hasrat kepada PKR bahawa calon MB Selangor selepas PRU akan datang bukan lagi Azmin Ali, dan meminta agar pihak Pakatan Harapan (PH) menimbangkan balik keputusan untuk jadikan Azmin Ali sebagai pengerusi PH di peringkat Negeri Selangor.
5. Pihak Parti AMANAH Negara (AMANAH) berharap cadangan ini disokong oleh rakan-rakan dari parti gabungan PH dari DAP dan BERSATU.
Terima kasih
MOHD SANY HAMZAN
KETUA PEMUDA
AMANAH NASIONAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment