JOHOR BAHRU: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed
berkata kerajaan akan melakukan saringan terhadap pelarian Rohingya di
negara ini agak golongan itu tidak mengambil kesempatan.
Langkah itu juga diambil supaya pelarian Rohingya tidak menjadikan Malaysia sebagai kawasan persembunyian.
“Kita tidak mahu ada yang mengambil kesempatan dalam keadaan kita sedia
membantu mereka,” katanya selepas Program Karnival #Kita Pulai@Projek
Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah, Taman Perling, petang tadi.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Malaysia akan menyumbang bantuan
makanan dan peralatan bernilai RM4 juta bagi membantu pelarian Rohingya
di sempadan Bangladesh.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan
pelepasan tim tinjauan Misi Kemanusiaan Pelarian Rohingya ke Chittagong,
Bangladesh di Pangkalan Udara Subang dekat sini.
Pasukan tinjauan berkenaan yang diwakili lapan anggota terdiri daripada
enam anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masing-masing seorang
kakitangan Kementerian Pertahanan serta sukarelawan 1Malaysia for youth
(iM4U) berlepas dengan menaiki pesawat pengangkut A400M Tentera Udara
Diraja Malaysia (TUDM).
No comments:
Post a Comment