Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menasihati
pasangan yang berniat untuk berkahwin di Mekah agar akur kepada
undang-undang di negara berkenaan bagi mengelakkan masalah di kemudian
hari.
Menurut Abdul Rahman, sungguhpun pernikahan itu tidak salah daripada
segi hukum agama, namun soal dokumentasi perkahwinan merupakan perkara
yang tidak boleh dipandang ringan.
"Daripada segi hukum tak salah, dimana-mana pun boleh kawin. Tapi
daripada segi peraturan, bila kita kahwin disana, kalau tak dapat
kebenaran, bukti perkahwinan tak didaftarkan, akan mengundang masalah
dikemudian hari.
"Seperti perkahwinan di Thailand tanpa dapat apa-apa surat keterangan
yang dia dah berkahwin. Mungkin (dikhuatiri) pasangan yang berkahwin di
Mekah akan jadi begitu juga," katanya kepada Antarapos.
Justeru Abdul Rahman menasihatkan pasangan yang mempunyai keinginan
sedemikian agar mematuhi setiap prosedur dikedua-dua negara iaitu
Malaysia dan juga Arab Saudi, dan bukannya sibuk mengikut trend.
"(Ikut peraturan) barulah perkahwinan itu tidak ada masalah bila berkahwin nanti
"Kita pun tak tahu disana guna wali hakim bagaimana, kita bimbang
perkahwinan itu tak ikut syarak yang sebenarnya," katanya lagi.
Semalam Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas
Ermieyati Samsudin berkata perkahwinan rakyat Malaysia di Arab Saudi
adalah dilarang kerana ia melanggar undang-undang negara tersebut.
Beliau berkata perkahwinan di Arab Saudi akan menimbulkan masalah buat
pasangan tersebut ketika mereka mahu mendaftarkan perkahwinan mereka di
Malaysia kerana perkahwinan mereka tidak mendapat pengiktirafan daripada
kerajaan Arab Saudi.
Ujar Mas Ermieyati, perkahwinan hanya dibenarkan kepada individu bukan
rakyat Arab Saudi yang menetap di sana yang memiliki kad Iqama.
No comments:
Post a Comment