Katanya, Ketua Polis Terengganu menerima kunjungan hormat pimpinan PAS yang diketuai Pesuruhjayanya, Datuk Husain Awang.
“Pertemuan berjalan dengan baik. Ia lebih kepada kunjungan hormat kami kepada ketua polis negeri yang baharu.
“Tetapi sebahagian perbincangan menjurus berkaitan kerjasama polis terhadap Himpunan Fastaqim 2.0. Mereka pada dasarnya sedia bekerjasama,” katanya di Kuala Terengganu semalam.
Yahaya juga berkata, polis sedia memastikan kelancaran lalu lintas di sekitar tempat berlangsung perhimpunan Fastaqim.
Setiausaha PAS Terengganu, Muhyiddin Abd Rashid pula memberitahu polis Terengganu akan memastikan program yang akan menghimpunkan 200,000 ahli dari seluruh negara itu berjalan lancer. – HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment