KUALA LUMPUR: Enam remaja yang disyaki menyebabkan kebakaran Darul
Quran Ittifaqiyah, di Datuk Keramat dibuang sekolah sebelum ini kerana
masalah disiplin termasuk ponteng sekolah.
Menteri Pendidikan Mahdzir Khalid berkata mereka didapati tidak hadir ke sekolah sejak 2012 hingga tahun lalu.
“Ada suspek yang berumur 16 tahun pernah belajar di Tingkatan Satu pada
tahun 2012. Selepas itu mereka tidak lagi hadir ke sekolah,” katanya
kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program 'Sayangi Diri, Jauhi
Dadah' di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Saujana semalam.
Beliau berkata pihak sekolah telah mengambil pelbagai tindakan seperti
mengeluarkan surat amaran serta berjumpa ibu bapa mereka bagi
membincangkan masalah anak masing-masing sebelum tindakan buang sekolah
diambil.
“Namun remaja yang berumur 18 tahun sempat menghabiskan sesi
persekolahannya dan menyambung pelajaran di sebuah institut latihan
kemahiran,” katanya.
Kebakaran asrama pusat tahfiz itu pada Khamis lepas menyebabkan 21
pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden terkorban.
No comments:
Post a Comment