KUALA LUMPUR: Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 akan dipinda bagi
membolehkan kerajaan mengutip berilion ringgit cukai daripada syarikat
asing yang beroperasi di Malaysia di bawah ekonomi digitial, Ketua
Pengarah Jabatan Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata cadangan
pindaan itu akan dibentangkan pada sesi persidangan Parlimen bulan
depan.
"Kerugian terbesar dalam ekonomi digital ialah transaksi perniagaan
kepada pengguna. Syarikat yang menyediakan perniagaan itu berada di luar
negara dan menghantar terus kepada pengguna di sini, Mereka mungkin
dapat pembayaran serta-merta sedangkan perkhidmatan itu tidak dikenakan
cukai.
"Ini merupakan diskriminasi ke atas penggiat tempatan yang dikenakan
cukai,? katanya kepada pemberita di luar Persidangan GST 2017 di sini
hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Subromaniam berkata antara perniagaan dalam ekonomi digital di Malaysia
yang kini tidak dikenakan cukai melibatkan pemaju perisian dan platform
media sosial terkemuka.
Beliau berkata cadangan pindaan ke atas Akta GST masih di peringkat
perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan pihak berkuasa yang
berkaitan.
Sementara itu beliau berkata Jabatan Kastam dalam kedudukan yang baik
untuk mencapai sasaran kutipan cukai sebanyak RM42 bilion tahun ini,
termasuk sumbangan daripada GST.
Jabatan itu mengumpul RM41 bilion cukai pada 2016.
No comments:
Post a Comment